Oct 22, 2009

akhirnya kini pasti...

Posted by miss hanie at 10:25 AM 0 comments
kuliah da abes...
tu tandanya final exam da nak bermula....
library makin sesak, penuh dengan manusia...
otak makin stress bagai nak gila...
mana taknya,
nak cover sume yang da belajar..
adeih pening kepala...
ada sape-sape boleh tulun baca buku ni tak..
nati saya pinjam otak awak..
alangkah bestnya kalau dapat wat camni..
sudah pasti aku nak pinjam otak Tun Mahathir..kihkihkih
tapi aku masih di alam sedar..
aku kena study juga sampai muntah..
biar apa rintangan yang melanda,
akan ku gagahi jua...cewahhh
to all my friends..
marilah kita sama-sama memecahkan otak..
dengan mendampingi buku buat sementara waktu..haha
akhirnya kini pasti..
final exam da dekat...
2 3 hari lagi ni..
aku macam tak percaya je..

terkilan..

Posted by miss hanie at 10:07 AM 0 comments
ari ni merupakan konvokesyen adik perempuan aku di UITM Shah Alam...tapi aku tak dapat menghadirinya coz aku ada klas pagi dan petang..memang tak leh excuse, maklumla klas last...klas last ni la lecturer nak bagi tips..huhu..nanti rugi lak aku...tapi pada masa yang sama aku rasa terkilan tak leh bersama-sama family meraikan hari bersejarah adik aku..adik aku call, siap minta bunga lagi daripada aku..disebabkan aku tak g sana so aku tak payah bagi bunga la..padahal duit tak de..cover je ayat tu.. hehe.. faham-faham la hujung-hujung sem ni, duit pun makin kering..tuntut bunga ni nanti kak ngah ada duit ye...

Oct 17, 2009

petang yang melucukan..

Posted by miss hanie at 5:55 AM 0 comments
petang tadi group kitaorang, "TEAM WORK" wat shooting video kat kolej KPZ..mula-mula aku ingatkan tak jadi wat ari ni coz ujan..tapi tak lebat pun renyai-renyai je..bila ujan da berhenti aku pun mesej wan tanya jadi ke tak..dia cakap jadi, aku pun apa lagi cepat-cepat pergi bersiap takut lewat lak..time shooting 2, memang aku tak leh nak tahan daripada gelak je..kalau korang tengok confirm gelak sampai terburai perut....aku rasa memang lawak sangat lakonan daripada wan,remi,joe,syahir..dorang memang pandai berlakon..tahniah dan syabas kerana berjaya menghidupkan watak dalam video ni..aku ngn zila watak tambahan je..maklum la kayu, tak pandai berlakon..hehe..tak sabar aku nak melihat hasil sepenuhnya lakonan kitaorang tadi.. untuk kawan-kawan semua, nantikan kemunculan video daripada group TEAM WORK..terbaik dari ladang..haha

Oct 16, 2009

aku bengang....

Posted by miss hanie at 8:03 PM 1 comments
bengang...




bengang...




bengang...



aku bengang dengan sikap dia..
asyik aku je kena mengalah..
kena berlembut hati...
tak boleh marah-marah...
ahh, tension kalau selalu camni..
aku pun punya hati dan perasaan..

terbaik la kelas multimedia..

Posted by miss hanie at 12:59 AM 0 comments
aku rasa dalam semua subjek yang aku ambil sem ni, subjek multimedia la yang paling menyeronokkan dan paling happening..nak-nak lecturer yang mengajar subjek ni pun memang sangat best..Dr Normaliza namanya..aku suka mendengar celotehan-celotehan daripada Dr Normaliza, kadang-kadang amat menggelikan hatiku..sampai terbahak-bahak aku gelak..haha... banyak la pengalaman yang aku dapat.. pengalaman ni amat penting kerana ia tidak dapat dibeli di kedai-kedai..perkara yang paling penting yang aku pelajari dalam kelas ni iaitu menepati masa.. lecturer aku ni paling hangin kalau student datang lewat walaupun seminit..tapi kalau ada alasan yang kukuh memang diberi kelepasan la..siapa tak marah kalau datang lewat, aku pun pantang kalau orang wat camni..paling tak suka orang tak tepati masa..selalunya kalau nak g kelas ni aku akan pastikan pergi awal setengah jam sebelum kelas bermula..dan belajar subjek multimedia ni banyak ilmu yang aku dapat..sebelum ni aku tak tau apa-apa.. tau sikit-sikit je pasal IT.. so sekarang ni alhamdullilah aku dapat mengenal dunia IT dengan lebih dekat..banyak benda yang aku telah belajar dalam kelas ni contohnya seperti buat blog, buat website, buat video dan banyak lagi.. aku rasa enjoy sangat dengan kelas ni walaupun tertekan sedikit because work under pressure..hehe..tiap kali tiba ari kamis, mesti muka aku berseri-seri je tak sabar nak pergi kelas multimedia..bersemangat gitu.. niway, thanks a lot of 2 Dr Normaliza.. tidak jemu-jemu mencurah ilmu kepada kami semua..jasa baikmu akan kukenang hingga akhirnya..

ni hasil kerja yang telah dibuat oleh group "team work" dalam kelas Multimedia..









Oct 15, 2009

rindu sama kalian...

Posted by miss hanie at 8:25 PM 1 comments
jeles la tengok orang balik kampung..aku pun nak balik juga...tapi masalahnya assingment lum siap lagi..ari isnin ni lak ada presentation MGM..memang tak boleh nak excuse la..tapi tak pe may be 30hb ni aku nak balik kampung untuk mengubat hati yang lara ni..(ceh ayat tah pape je)...rindunya sama family aku terutamanya kat mak aku...nape la hatiku ni tiba-tiba rindu je kat mak aku..aku tau sebabnya..tapi tak leh nak share ngn korang..sori ya..huhu..





MY LOVELY MUM...

origami...

Posted by miss hanie at 9:44 AM 0 comments
klas multimedia ari ni memang menyeronokkan..kita orang kena wat origami berbentuk bakul kot..aku memang amat teruja wat benda-benda sebegini..mula-mula tengok step nak wat tu rasa cam susah je tapi bila da cuba rasa senang lak..mengambil masa yang agak lama jugak la nak wat origami ni..memerlukan mata yang tajam dan memerlukan perhatian yang agak teliti..otak tak boleh bercelaru..bak kata Dr Normaliza "budak tadika lebih pantas wat benda ni daripada kitaorang.." aku memang mengakui kata-kata Dr Normaliza itu..huhu.. ni la hasil origami berbentuk bakul yang dihasilkan oleh aku.. cantik dan kemaskan..haha..


Oct 14, 2009

cinta dalam hati..

Posted by miss hanie at 9:55 PM 0 comments
pernah tak korang rasa betapa peritnya jika cinta itu hanya dipendam sahaja di dalam hati tanpa diluahkan kepada orang yang kita sukai..


CINTA DALAM HATI..

ku ingin kau tahu diriku disini menanti dirimu,
meski ku tunggu hingga hujung waktuku,
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selmanya,
dan izinkan aku memeluk diri mu kali ini saja,
tuk ucap selamat tinggal untuk selamanya,
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja.


tiap kali aku mendengar lagu ini, pasti aku akan mengingati kenangan yang lama dulu..
hatiku pasti menangis pilu...biarla dirimu tidak mengerti apa-apa tentang isi hatiku dan biarlah cinta ini menjadi Cinta Dalam Hati..

sepetang d Mines..

Posted by miss hanie at 5:37 AM 3 comments
aku bru je blk dari Mines..g teman Zila beli sabun n selipar dia..abes klas antropologi, trus kteorang g FBMK, tggu bas komuter kt sana..fuh, bas punye la lama..sampai kebas bontot aku menunggu..tapi tak pe aku still boleh bersabar..biarpun mulut berbakul-bakul cakap yang bukan-bukan kat bas komuter..hehe.. bersabar dan bersabar akhirnya sampai gak bas komuter.. aku kalau keluar, mesti wat dosa.. dosa suka mengkritik orang je..haha..jangan fikir aku wat perkara-perkara yang bukan-bukan lak..think positive ok.. tengok orang pelik-pelik terus aku komen..nak-nak keluar dengan Zila..memang sekepala la.. da la pahala ckit, dosa lak bertambah..ayoyo..tak mo keluar dah kalau camni..huhuhuhu..

Oct 13, 2009

pembentangan pengantar antropologi dan sosiologi..

Posted by miss hanie at 8:32 PM 0 comments
beberapa jam lagi, aku n the group akan present..apakah perasan aku skrg ni...takut? neves? malu? aku rasa aku tak de perasan kot..haha..tak rasa pape..may be dalam dewan kuliah jap lagi baru rasa apa yang orang lain rasa..huhu..

Oct 8, 2009

keseorangan..

Posted by miss hanie at 9:02 AM 2 comments
malam ni aku tido sorang2..rumate aku p umah akak dia kat gombak..nasib la aku dapat rumate yang punya akak ramai kat KL..aku selalu ditinggalkan keseorangan dalam bilik..mula-mula aku rasa takut nak tido sorang2..dulu selalu je g tumpang bilik zila ataupun zila datang tido bilik aku..tapi lama-lama aku macam da terbiasa, so aku da berani tido sorang2 sekarang ni..may be ari ahad kot baru dia balik..kadang-kadang aku rasa best juga tinggal sorang-sorang dalam bilik..baru ada privacy sikit..hehe..

syair cinta..

Posted by miss hanie at 7:49 AM 2 comments


KUPENDAM RASA DAN KUTELAN NISTA DEMI KASIH KITA



aku baru je abes baca novel syair cinta..novel ni aku pinjam ngn syikin razak..aku selalu je pinjam ngn dia sebab dia ada banyak koleksi novel2 terbaru..huhu..
aku ni hantu novel,kalau kat rumah aku selalu je beli..tapi kat sini tak boleh la kena bajet..kang lari bajet terpaksa makan biskut kering..kui3..jalan cerita novel ni ok la..nak kata menarik tak de la sangat..boleh la sekadar menghilangkan kebosanan aku dalam bilik..sesiapa nak tahu jalan ceritanya sila la baca sendiri..

sedih :(

Posted by miss hanie at 6:46 AM 2 comments
tak sangka orang yang paling baik dan rapat dengan aku sanggup berkata sedemikian...sori aku tak boleh share apa yang diungkapkan oleh "orang tu"..kalau boleh aku tak mahu ingat langsung ungkapan tu..yang paling-paling aku sedih dia ibarat adik aku sendiri..hatiku bagai disiat-siat dengan pisau belati..tergamak dia cakap camtu...arghhhh, geram je aku nak sepak mulut dia...cakap tak guna akal..sebelum nak bercakap tu boleh tak pikir dulu baik buruk dia..sedih tak tau nak luah kat sape..last sekali aku call my mum..luah kat dia, time 2 aku hampir-hampir nak nangis je..sakit ati..biarla orang nak cakap aku anak manja ke, anak mak ke...aku xkesah..aku lebih suka meluahkan segala terbuku dalam ati aku kat mak aku coz aku rasa dia seorang pendengar yang baik..lepas tu dia akan bagi nasihat kat aku..aku sedar siapa diriku ini..

Oct 3, 2009

APRESIASI CINTA..

Posted by miss hanie at 10:31 AM 0 comments
APRESIASI CINTA..

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?


Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat
Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan dan
ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan
Tapi ingatlah, melepaskan bukan bererti akhir dari dunia
melainkan awal dari kehidupan yang baru


Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti,
mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa
menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka
Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”
Apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu
Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi


Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, ” Aku lupa ”,
akan tetap setia menunggu ketika kamu berkata, ”Tunggu sebentar ”,
akan tetap tinggal, terikat kepadamu ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri ” Saat kamu berkata untuk meninggalkannya, mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat, memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,


Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita
Atau kerana ia tidak mempedulikan kita
Melainkan saat kita menyedari bahawa orang itu
Akan lebih berbahagia apabila kita melepasnya
Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang,
Jangan dengan mudah kita melepaskannya..


Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari..

pabila tangan bertemu kompang..

Posted by miss hanie at 9:58 AM 0 comments
selalunya kelas kompang waktu malam tapi ari ni tukar kepada siang pulak..ari ni je tukar ke siang coz nak wat rehearsal gabung 3 group..10hb 10 ni da stat majlis..tah la aku pun lupa majlis pe..maklum la daya ingatan aku sekarang ni makin lemah..
kawan-kawan tau tak camne nak kuatkan daya ingatan balik..aku rasa telan kismis berbakul2 pun, ingatan aku still macam ni gak..akak aku suruh banyak mensucikan diri..dia cakap banyak dosa la 2..yeke banyak dosa????huhu..berbalik pada kelas kompang tadi, aku and the geng pilih memukul kompang mengiringi VIP..aih ni yang parah ni..sambil pukul kompang sambil berjalan..aku ni tak boleh wat keje 2 in 1.. nanti semua keje tak menjadi..tapi masa praktis tadi fesi cakap da ok tapi aku rasa macam terabur je..macam bunyi taik lembu jatuh ke tanah..haha..takpe2 sume orang belajar dari kesilapankan..tak sabar nak tunggu 10hb ni.. :)

Oct 2, 2009

hepi besday zila..

Posted by miss hanie at 10:26 AM 6 comments
tepat pukul 12 malam ni, genap la umur zila (merangkap kawan baikku di UPM)22 tahun..
aku, yati, nurun n syikin berpakat buat surprise party, namun tidak menjadi..huhu..
niway, takpe la at least bleh wat zila hepi pada malam ni..

HEPI BESDAY 2 U....
HEPI BESDAY 2 U....
HEPI BESDAY 2 Zila...
HEPI BESDAY 2 U......

semoga ALLAH merahmati kamu,dimurahkan rezeki, dipercepatkan jodoh ngn juli, semoga lebih matang dalam hidup dan yang penting sekali semoga berjaya dalam HIDUP..

Oct 1, 2009

pantun..

Posted by miss hanie at 9:24 AM 0 comments
ari ni klas multimedia Dr. Normaliza suruh buat pantun..tergamam sejenak aku..mana taknya..aku paling tak suka buat pantun..baca pantun aku suka la..hehe..kalau aku buat pantun memang hampeh la..confirm orang nak muntah baca..huhu..dengan sedaya upaya aku cuba post pantun dalam facebook..akhirnya berjaya jua..sambil berbalas pantun dengan kawan, sedar tak sedar rupanya dah pagi..baru ku sedar, pantun telah berjaya mencuri hatiku..aku rasa macam tak nak tido, nak je berpantun sampai ke siang ari..hehe..tapi mataku tak mengizinkan kerana esok ada kelas pagi..aku tak nak ponteng kelas..
pantun...
esok kita jumpa lagi ye..
 

one step one hope one journey... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei