Sep 25, 2009

Siapa kawan baik?

Posted by miss hanie at 10:02 PM 0 comments
Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang
juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan
baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan
kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah
yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk
mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya
untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan
yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan
baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari
bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi
tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat
diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk
sentiasa berada di sisinya. Kawan yan pergi baik tak
pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu
jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana
kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan
baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan
dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat
di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita
faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang
sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak
menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik
akan sentiasa menghargai kawan baiknya. Kita bukanlah
kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara
yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang
baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada
kawan baiknya.


Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita
mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang
baik...kepada kawan baik kita.

disebalik 5 jari

Posted by miss hanie at 9:53 PM 0 comments
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan
disebalik jari yang lima. Cuba perhatikan
perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam
keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Bukankah ia
membayangkan kewajipan solat lima waktu?

Jangan diabaikan peringatan itu. Jika diabaikan
seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya
kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan
banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.

Jari Kelingking
Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia
memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja
makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar
dan terus membesar.

Itulah fitrah insane dan alam seluruhnya. Apa sahaja
yang dilakukan harus bermula daripada kecil.

Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak.
Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan
memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.


Jari Manis
Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya.

Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari
yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan
dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga
tidak terkira.

Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita
sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan
dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.

Hari itu, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya
sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan
Rabbul Jalil kelak.

Persoalannya sekarang, adakah kita ini benar-benar
bertanggungjawab? Atau sudahkah kita mengenali
tanggungjawab? Atau berpura-pura tidak tahu tentang
tanggungjawab? Atau memilih tidak mahu tahu langsung
tentang tanggungjawab?


Jari Hantu
Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling
tinggi, jari hantu namanya.

Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian
menjengah. Di peringkat 30-an ini, kebanyakkan dari
kita telah mempunyai personality dan status
tersendiri, dengan ekonomi yang yang kukuh serta
kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati
kerana di kala ini banyak “hantu pengacau” yang dating
menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak,
hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau
gagal mengawal emosi, lantas akan terus masuk ke
jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat
mesti dilipatgandakan.


Jari Telunjuk
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang
mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t ketika
bersolat.

Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.
Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini
hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru,
pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda
yang hebat.


Jari Ibu
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek
tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang
membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan
menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap
jempol” atau cap jari.

Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau
yang berpengalaman. Dengari nasihat mereka. Kemudian
timbang-tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar
dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas
keimanan, maka patuhilah ia.

Nasihat mereka barangkali amat berguna. Dengan nasihat
itu di belakang hari nanti, kita akan berasa bangga
dan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua
jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia
kejayaan kita.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda
kelima-limanya. Renung dan fikirkan dalam-dalam.

“Di manakah kita?” dan “Siapakah kita?”

adikku..

Posted by miss hanie at 8:34 PM 0 comments
ari ni adik bongsuku dah balik UITM..pada pukul 9pg dia naik bas..seorang demi seorang meninggalkan rumah ni..nanti tinggal la my mum dan nenekku saja di rumah kesunyian tanpa kitaorang adik beradik..kalau tak kitaorang selalu wat bising kat rumah, sering tak kering gusi mendengar lawak-lawak sorang2 dan sesi perbahasan kitaorang adik beradik..masing-masing tak nak mengalah nak juga menangkan diri sendiri..hehe..i like this situation..rasa bahagia je..esok aku pula yang balik UPM..29hb ni kak long dan kak cik pulak balik UITM Shah Alam..sedih pulak rasa nak tinggalkan my mum..aku ni memang kalau cuti, mesti rasa liat nk balik UPM..huhu..rasa sunyi pulak rumah ari ni coz adik bongsu aku tiada..kalau tak, aku selalu menyakat dia..adik ingat pesan ma belajar elok-elok tau..jangan jadi macam kak ngah banyak tidur..kui3

23 september 2009..

Posted by miss hanie at 1:03 AM 0 comments
HEPI BELATED BESDAY 2 ME.. Tak sangka diriku dah tua so makin banyak la timbul persoalan tentang kawin daripada pihak-pihak tertentu, especially sepupuku yang sengal..JJ namanye..huhu..selalu bising-bising tapi tak pela aku bagi peluang kat dia kawin dulu..aku tgk dia ari-ari duk bergayut..xtahan da agaknye..haha..sori sepupuku termengumpat..
aku celebrate besday kt kfc, my family yang sponsor..hehe hepi je time 2..dapat makan free katakan..
sempena umurku genap 23 tahun, aku harap aku lebih matang menjalani kehidupan ini dengan lebih tabah walau apa dugaannya..hopefully, aku berjaya mendapat degree dengan baik dan dimurahkan rezeki.Amin..

Sep 21, 2009

raya kedua

Posted by miss hanie at 7:54 AM 0 comments
hari ni aku masak roti jala..emm hebat tak aku..haha..perasan gilerkan..berjam-jam jugak aku menjala kat kuali,akhirnya berjaya jugak aku selesaikan..ari ni tetamu tak berapa ramai..juz sedara-mara yang dekat-dekat je yang datang..so aku xpenat sangat la nak wat air dengan basuh pinggan..kalau tak, keje aku kat dapur jela..xleh nak bersenang lenang la..nati mem besar marah..haha..cedihnya raya tahun ni aku tak dapt duit raya pun..da tak larat wat muka seposen tapi tak de orang bagi pun..emm, aku rasa macam nak kembali pada zaman kanak-kanak je..hepi selalu duit raya dapat banyak..huhu..

hari raya pertama yang malang..

Posted by miss hanie at 7:16 AM 0 comments
hari raya kedua baru aku boleh update blog..semalam aku penat sangat-sangat..kul 10 malam da msuk bilik, tidur ZZzzzz..hari yang aku tunggu-tunggu telah tiba..hari apa lagi, kalau bkn hari raya aidilfitri..hehe..hari raya yang disambut oleh semua umat Islam..awal-awal pagi lagi my mum dah kerah aku dan adik beradik aku tlng dia masak kat dapur masak rendang dengan bihun sup..dengan malasnya aku bergerak ke dapur..maklum la da lama tak masuk dapur..huhu..bru je selesai masak, tiba-tiba datang pulak tetamu..bukan seorang dua yang datang tapi hampir penuh ruang tamu rumah aku.. ni yang aku tak berapa suka ni..penat nak melayan..hehe..macam x ikhlas je layan tetamu..(saja je aku cakap macam ni, sebenarnya aku lagi suka tetamu datang ramai..lagi meriah dihari mulia ni..huhu)..kepada teman-teman aku yang belum sampai..sila la datang secepat mungkin..aku sentiasa menunggu korang dengan pintu rumah terbuka..haha

pada sebelah petang,kawan baik aku datang beraya..mc long namanya..usai borak-berborak, gosip bergosip mc long pun ajak aku pergi beraya umah member yang lain..dalam perjalanan nak pergi umah member, tiba-tiba motor aku pulak yang wat hal..time 2 aku da gabra tahap cipan..aku ingat motor rosak ke, rupa-rupanya minyak motor kering kontang..punye la hangin aku time 2..da la time 2 handphone dan duit aku tak bawa pun..nasib baik mc long ada tolong g beli motor untuk aku..terima kasih mc long, cayunk mc long..huhu..hari raya pertama aku ditimpa malang..anyway, aku hepi sangat-sangat dapat jumpa kawan-kawan lama..

Sep 19, 2009

hari ni hari raya..

Posted by miss hanie at 11:39 PM 0 comments
hari yang aku tunggu-tunggu telah tiba..hari apa lagi, kalau bkn hari raya aidilfitri..hehe..hari raya yang disambut oleh semua umat Islam..awal-awal pagi lagi my mum dah kerah aku dan adik beradik aku tlng dia masak kat dapur masak rendang dengan bihun sup..dengan malasnya aku bergerak ke dapur..maklum la da lama tak masuk dapur..huhu..bru je selesai masak, tiba-tiba datang pulak tetamu..bkn seorang dua yang datang tapi hampir penuh ruang tamu rumah aku.. ni yang aku tak berapa suka ni..penat nak melayan..hehe..macam x ikhlas je layan tetamu..(saja je aku cakap macam ni, sebenarnya aku lagi suka tetamu datang ramai..lagi meriah dihari mulia ni..huhu)..kepada teman-teman aku yang belum sampai..sila la datang secepat mungkin..aku sentiasa menunggu korang dengan pintu rumah terbuka..haha

selamat hari raya..

Posted by miss hanie at 9:41 AM 0 comments
kepada kawan-kawan semua..selamat hari raya ku ucapkan..tiba takbir bergema mengegar jiwa..
sekiranya ada salah dan dosa..ampun dipinta dihari mulia..sekali lagi ku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR dan BATIN..

hampir terbatal puasa..

Posted by miss hanie at 9:00 AM 0 comments
salam semua kawan-kawan..hari ni boleh pulak aku terlupa yang aku ni sedang berpuasa.. nk tau x aku wtpe..aku terjilat coklat kat jari..time 2 aku tgh wt biskut almond london..smpi abes aku mkn..nyum3 sdap jgk coklat ni..huhu..my mum pun tegur, dia ingtkan aku x puasa..time 2 aku mcm blur.. mcm bru tersedar dari tidur..menjerit hampir separuh nyawa..haha..cepat-cepat aku pergi berkumur..adui, nasib baik x sengaja..kalau x dah lama puasa aku dah terbatal..dah la hari ni puasa terakhir..kalau x meti aku rasa menyesal seumur hidup..poyo je ayat..hehe
 

one step one hope one journey... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei