Sep 25, 2009

disebalik 5 jari

Posted by miss hanie at 9:53 PM
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan
disebalik jari yang lima. Cuba perhatikan
perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam
keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Bukankah ia
membayangkan kewajipan solat lima waktu?

Jangan diabaikan peringatan itu. Jika diabaikan
seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya
kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan
banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.

Jari Kelingking
Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia
memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja
makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar
dan terus membesar.

Itulah fitrah insane dan alam seluruhnya. Apa sahaja
yang dilakukan harus bermula daripada kecil.

Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak.
Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan
memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.


Jari Manis
Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya.

Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari
yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan
dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga
tidak terkira.

Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita
sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan
dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.

Hari itu, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya
sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan
Rabbul Jalil kelak.

Persoalannya sekarang, adakah kita ini benar-benar
bertanggungjawab? Atau sudahkah kita mengenali
tanggungjawab? Atau berpura-pura tidak tahu tentang
tanggungjawab? Atau memilih tidak mahu tahu langsung
tentang tanggungjawab?


Jari Hantu
Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling
tinggi, jari hantu namanya.

Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian
menjengah. Di peringkat 30-an ini, kebanyakkan dari
kita telah mempunyai personality dan status
tersendiri, dengan ekonomi yang yang kukuh serta
kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati
kerana di kala ini banyak “hantu pengacau” yang dating
menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak,
hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau
gagal mengawal emosi, lantas akan terus masuk ke
jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat
mesti dilipatgandakan.


Jari Telunjuk
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang
mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t ketika
bersolat.

Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.
Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini
hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru,
pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda
yang hebat.


Jari Ibu
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek
tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang
membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan
menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap
jempol” atau cap jari.

Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau
yang berpengalaman. Dengari nasihat mereka. Kemudian
timbang-tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar
dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas
keimanan, maka patuhilah ia.

Nasihat mereka barangkali amat berguna. Dengan nasihat
itu di belakang hari nanti, kita akan berasa bangga
dan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua
jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia
kejayaan kita.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda
kelima-limanya. Renung dan fikirkan dalam-dalam.

“Di manakah kita?” dan “Siapakah kita?”

0 comments:

 

one step one hope one journey... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei