Jan 13, 2010

bezanya cinta lelaki dan cinta wanita..

Posted by miss hanie at 4:40 AM
Bezanya Cinta Lelaki Dan Cinta Wanita

Cinta lelaki selalunya manis. Kerana lelaki yg bercinta seringkali memberi ucapan dan kata2 manis. Sering juga menabur janji2 manis.
Cinta wanita pula selalunya pahit. Kerana wanita yg bercinta kdg kala rela menerima janji2 manis lelaki yg belum tentu ada kebenarannya. Wanita yg bercinta kdg kala sanggup terseksa demi lelaki yg dicintainya. Bukankah itu pahit?

Cinta lelaki mudah diagih2kan. Buktinya, lihat sahaja lelaki mampu utk memberi cinta kepada lebih dari seorang perempuan dlm satu2 masa.


Cinta wanita pula selalunya setia. Tulus dan romantis. Kerana wanita yg bercinta selalunya sgt kudus.

Istimewanya cinta lelaki kerana kdg kala ia sukar dipamerkan. Cinta nya ada dalam hati, utk dirasai bukan utk ditontoni oleh semua org. Kerana cinta itu terlalu istimewa bg seorang lelaki.

Cinta wanita pula kdgkala terlalu jelas pada pandangan matanya, tingkah lakunya dan juga tutur katanya.

Cinta lelaki dan cinta wanita walau ada bezanya ia tetap cinta. Cinta yg datang dari hati. Cinta yg dirasai dgn sanubari. Cinta yg hadir dalam diri.

0 comments:

 

one step one hope one journey... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei